Thursday, October 21, 2010

FLYING FOX

Assalamualaikum pembuka kata,sape tidak balas berdosa..hahahaha...pada jam 8.00 pagi,kami mengambil barang2 di stor untuk mengadakan aktiviti flying fox..lalu kami terus ke belakang kolam renang tok mengadakan aktiviti tersebut..En.Mubin telah menolong kami,cara2 untuk memasang tali untuk flying fox...kami semua disuruh oleh En.Mubin supaya menarik tali dengan kuat supaya tegang..Dan kami telah mempelajari 1 ikatan cara2 untuk lebih senang untuk menegangkan tali iaitu menggunakan Z sistem...setelah penat lelah kami menarik tali sehingga tegang tetiba suasana menjadi suram kerana kami tidak dapat untuk menjalankan aktiviti flying fox disebabkan tali yang kami tarik seperti akan rosak mungkin tali kamental itu rosak kerana sudah lme tidak menggunakannya...so kami semua agak hampa keranan tidak dapat melakukan aktiviti flying fox..

KAYAKING and CANOEING





Pada pukul 07.30 pagi,saya dan kawan2 pergi ke stor untuk mengambil PFD dengan menggunakan kereta yang kami sewa..Selepas mengambil PFD, kami terus ke Tasik Shah Alam..Lebih kurang pukul 8.30 pagi,pensyarah kami pun sampai di tasik dan kami terus memulakan kelas amali kayak..Beliau telah mengajar kami cara kayuhan dgn betul,memperkenalkan peralatan yang di gunakan semasa berkayak dan cara untuk menyelamatkan diri jika kayak kita terbalik..selepas itu,kami semua bersedia untuk mengadakan mini maraton dan saya di amanahkan untuk mengetuai dan menjaga kawan2 semasa mini maraton berlaku..Di satu tempat kami rehat seketika dengan pemandangan yang indah..Disamping itu, kami telah mengenekan kawan2 dengan menjatuhkan kawan2 dari kayak supaya mereka basah dan tidak lupa,En.Hisyam juga kami jatuhkan...itu lalah kenangan manis yang saya dpt semasa berkayak bersama kawan2..







Friday, August 27, 2010

Kelas Orienteering

Di kelas Encik Hisyam,kami disuruh untuk membuat jalan atau peta sendiri.Di situ kami diberi 2 kumpulan besar dan satu kumpulan kecil mempunyai 2 anggota untuk melaksanakan kelas orienteering ini.Kumpulan saya ialah Imran Mubassyir dan Muhammad Asirullah(saya).Nama kumpulan kami ialah Sizuka.Encik Hisyam memberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan tugasan itu.Di peta itu harus ada 7 cheak point dan kami mesti memastikan jarak dan bearing dengan betul supaya tidak sesat.Di situ saya dan imran telah merancang untuk membuat track yang susah supaya kumpulan lain tidak dapat mencari cheak point kami..hahaha..kami telah meletakan cheak point yang agak jauh dan tempat yg susah yang untuk dijangka dimana cheak point itu berada..hahaha..Selepas siap membuat track,kami harus bertukar kumpulan untuk mencari cheak point kumpulan lain..Ready!!!GO!!!(jerit Encik Hisyam)saya dan imran terus mencari cheak point yang dibuat oleh kumpulan lain itu.Gembiranya hati kami kerana kumpulan kami yang terawal sampai di garisan penamat,lalu Encik Hisyam menyuruh kami untuk melakar cheak point yang telah kamu cari tadi..Setelah siap kami hantar kepada Encik Hisyam untuk di periksa malangnya kami terlupa mahu mengambil cheak point yang terakhir kerana imran terlampau ‘excited’ untuk menghabiskan orienteering ini sampai terlupa.Lalu imran berlari seperti ular kena palu kerana hendak mencari cheak point itu,setelah imran mendapatkan cheak point itu,kami terus menghantar dan amat mendukacitakan kerana kami mendapat tempat ke-3 dengan masa 17 minit..Setelah habis kesemua kumpulan mencari cheak point masing-masing kami di beri pulang kerana kelas Encik Hisyam telah tamat..HAHAHAHA..sekian assalamualaikum

Thursday, August 26, 2010

My First Camp Outdoor

Jumaat , 06 ogos 2010 (hari pertama)

Pada pukul 2.30 petang, kami disuruh untuk berkumpul di hadapan stor FSR di Kolej kenanga oleh fasilitator..kemudian kami diberi taklimat ringkas oleh ketua program SR113 iaitu En.Hisyam Bin Che Mat dari UiTM Shah Alam..selepas itu,fasi menyuruh kami mengambil barang-barang untuk ke Bukit Cherakah, itu ialah nama tempat perkhemahan kami pada perkhemahan pertama ini..saya pada masa itu terasa rindu akan keluarga kerana tidak dapat berhubung dengan mereka untuk beberapa hari kerana di sana tiada line..hehehe..walaubagaimanapun, saya telah memasang niat di hati bahawa yang saya datang ke kem ini adalah untuk menimba ilmu bukan untuk bersuka-suka..kami sampai di tempat perkhemahan itu selepas 15 minit perjalanan dari UiTM..tiba sahaja di sana, kami disuruh untuk mengangkat barang-barang yang telah kami bawa..selepas itu,ketua fasi iaitu En,Azizi member sedikit taklimat tentang perjalanan perkhemahan ini berjalan..beliau telah memberi beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti Camp Craft..kami diberi masa untuk menyiapkan aktiviti ini..di situ, kami harus menyiapkan khemah pusat,peralatan,masakan,penempatan dan generator..selepas berjam jam berlalu, camp craft kami siap tepat pada pukul 7 mlm dan kami bersiap-siap untuk solat maghrib dan isyak..selepas sahaja solat kami membaca surah Yassin ia bertujuan untuk mendapat perlindungan dan sihat tubuh badan selama perkhemahan ini diadakan..habis sahaja membaca yassin kami terus bersiap-siap untuk melakukan aktiviti..fasi telah membawa kami ke gelanggang pasir, disitu kami diberi kumpulan..kumpulan saya yang paling best,maksud best ialah mereka sume spoting,mesra dan sifat setia kawan..hehehee..di situ,kami telah mengenali satu sama lain tetapi kami ada lagi tugasan kumpulan iaitu membuat persembahan kumpulan..saya agak gementar kerana saya seorang yang pemalu dan takut jika berdiri di depan orang ramai tetepi saya kuatkan semangat untuk melakukanya, lalu saya berjaya melakukan persembahan itu dengan gemilangnya..HAHAHAHA..selepas itu, kami duduk di kumpulan untuk mempelajari tentang knotting..waktu tu,agak-agak pukul 12.30 pagi dan saya rasa mengantuk sangat tetepi kami harus membuka mata jika tidak kena la denda nanti oleh fasi..hahaha..selepas habis first aid dan knotting, lebih kurang pukul 3 pagi, saya ingat hendak blik ke khemah untuk tidur tetepi ada lagi aktiviti..AAAaaaaaa!!!Mengantuknya!!!.....ermm,kami disuruh untuk membuat bulatan untuk memperkenalkan diri masing-masing dan orang seterusnya harus ulang balik nama dari orang pertama,giliran saya lama lagi mungkin lagi 2 jam,mata pun semakin lama semakin nk tutup lalu saya tertidur dan en.azizi menangkap saya tidur dan dia member denda kepada saya iaitu memeluk pokok yang berada di atas bukit dekat dengan gelanggang pasir..hahaha..lingkungan jam 4.30 pagi, telah abis kesemua aktiviti pada hari pertama..alhamdulillah dpt juga tidur seketika..

Sabtu , 07 ogos 2010 (hari ke-dua)

Pada jam 6, semua orang diarah untuk bangun dari tidur dan aktiviti pertama ialah malaysia cergas..kami menari dengan lagu yang sangat merdu..hahaha..kami menari poco-poco..lawak giler semua yang tidak pandai menari terus bleh menari dan yang pandai menari terus jadi yang terbaik..hahaha..selepas habis melakukan aktiviti Malaysia cergas, kami terus ke khemah pusat untuk sarapan..selepas semua orang kenyang, kami terus berkumpul dalam kumpulan yang di beri dan terus ke cheak point yang disediakan..aktiviti pertama untuk kumpulan saya ialah games management..di situ kami telah di ajar untuk membina kerjasama yang kukuh antara kumpulan..pemainan yang kami main ialah bulatan kusut,titian tamparuli,kerajaan firaun dan permainan yang di ajar oleh en.hisyam iaitu siapa menang,siapa kalah(sebenarnya bukan ini nama pemainan itu,saya terlupa,minta maaf en,hisyam)hahaha.selepas habis, aktiviti kedua kumpulan saya ialah camp craft..di situ kami telah dibahagi 2 kumpulan,1 kumpulan membuat makanan dan 1 kumpulan memperkemaskan khemah..selepas itu, kami semua menunaikan solat zohor dan makan tengah hari..saya amat kecewa kerana nasi untuk tengah hari tidak masak,seperti makan beras..hahaha..tetepi kami diarah untuk menghabiskan nasi tersebut oleh fasi..setelah kami menghabiskan makanan kami disuruh untuk berkumpul dalam kumpulan..aktiviti ke 3 kumpulan saya ialah orienteering..disitu kami harus membuat haluan sendiri di dalam hutan, cheak point telah disediakan kami hanya membuat haluan,cheak point dan jarak yang betul..selepas siap kami harus bertuka laluan dengan kumpulan yang lain..ia bertujuan untuk meningkatkan ilmu pandu arah yang diajar oleh fasi..dan aktiviti ke 4 kumpulan saya ialah bersiar-siar di empangan air kuning..saya berasa amat gembira kerana kami tidak membuat aktiviti blind trail..hahaha..kami pulang dengan muka kegembiraan ke kem pusat..jam 7 kami menunaikan solat maghrib dan isyak kemudian terus memenuhkan perut yang amat lapar..hahaha..aktivit malam pula ialah first aid di gelanggang pasir dan surau..selepas mempelajari cara-car first aid kami diarah untuk ke khemah pusat untuk diberi taklimat tentang night walk(jalan malam)haha..di situ kami di beri taklimat supaya tidak takut akan perbuatan fasi atau benda yang benar akan keluar dan ia untuk memperkuatkan mental dan keyakinan diri kita jika berjalan di tempat yang gelap..first kami diberi password oleh fasi iaitu busut jantan..kami diarah untuk berjalan dalam kumpulan dan fasi suru duduk di suatu tempat yang lapang dan tidur..selepas itu,fasi kejutkan seorang demi seorang untuk diarahkan berjalan berseorangan di jalan yang agak gelap..di situ mental saya telah set kan bahawa semua pekara yang berlaku itu adalah angkara fasi..sebaik sahaja sampai di penghujung jalan kami diarahkan untuk tidur di ampitheater sementara menunggu kawan-kawan yang lain sampai..

Ahad , 08 ogos 2010 (hari ke-tiga)

Pada pukul 5.30 pagi,kami bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh,setelah selesai kami terus ke jalan raya untuk melakukan Malaysia cergas..lebih kurang 1 jam kami melakukan aktiviti Malaysia cergas,kami terus ke khemah pusat untuk bersarapan pagi..kecewa kedua saya ialah aktiviti blind trial ada di lakukan masa itu..baru nk kemas barang dan wangi-wangi..AAARRRRHHHH!!!!di situ kami siberi kain hitam untuk menutup mata..kami dipaksa untuk bejalan di lumpuh,di dalam tasik,dan meniarap ke dalam lubang yang kecil,nasib baik saya muat nak masuk..hahaha..aktiviti ini bertujuan untuk mengerti apa maksud kurniaan dari Allah..kepayahan orang yang buta berjalan kesana kesini untuk mencari sesuap nasi..sebaik sahaja habis aktiviti kami pulang ke pangkal jalan dan mandi..waaa selesanya diri selepas mandi..kemudian,kami diarah untuk mengemas khemah yang ada dan membersihkan persekitaran tapak perkhemahan hanya khemah pusat yang belum di buka kerana kami semua lapar belum makan tengah hari..hahaha..selepas makan kami mengemas khemah pusat dan peralatan-peralatan yang kami bawa..sebelum pulang kami,fasi dan juga pensyarah mengambil gambar kenangan di tapak perkhemahan bukit cherakah..ini lah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan dan saya tidak sabar untuk final kem….





Kelas Camp Craft

Kelas ini berlaku di kolej kenanga..en.hisyam telah mengajar kami untuk cara-cara membuat khemah yang betul..ia bertujuan untuk persediaan untuk first kem..di situ kami telah memasang khemah penempatan untuk 4 orang dan 6 orang..dan juga memasang khemah pusat yang besasr ia bertujuan untuk tempat makan,solat dan juga tempat berhimpun jika hujan..




Wednesday, August 25, 2010

Bandage class

Assalamualaikm..Pada hari ini,saya berasa gembira kerana saya telah mempelajari benda baru di dalam hidup saya iaitu mempelajari tentang first aid.First aid membawa maksud petolongan cemas atau orang pertama yang melihat kejadian kemalangan atau berlaku sesuatu pekara yang kita tidak jangka..di sini Encik Hisyam telah menurunkan ilmunya kepada kamu untuk mempelajarinya..beliau telah mengajar kami tentang penggunaan anduh atau triangular bandage..bandage ini berbentuk segi tiga yang tidak sama pnjang dan berukuran 90cm x 90cm x 130cm..ia digunakan untuk memberi kelegaan kepada mangsa, ia juga dapat mengawal pendarahan jika mangsa berdarah terlalu banyak..bandage ini biasanya digunakan di bahagian tangan,kepala dan kaki atau yg lebih senang tempat yg luka atau patah..

kelas knotting

hye..kelas pada kali ini ialah mempelajari teknik ikatan knotting ataupun simpulan..simpulan sesuai menggunakan tali carmantel..di situ kami mempelajari ikatan clove hitch,butterfly,bowline,reef knot,figure of eight dan banyak lagi..di bawah saya tuunjukan teknik ikatan tersebut..

First day class outdoor

assalamualaikum...

hari pertama menghadiri kelas outdoor,rasa gementar pula saya nak tengok pensyarah ini garang atau tidak..haha..tetiba masuk seorang pensyarah yang bernama En.Hisyam bin Che Mat..rupanya beliau ialah ketua program untuk sr113 dan juga pensyarah untuk kelas outdoor saya..mukanya agak ganas sedikit tetapi beliau hatilembut dan suka buat lawak..gembira saya mendapat tunjuk ajar daripada beliau..

my sport

bonjour..saya bermain sukan kayak..bermula pada tahun 2004 hingga lah sekarang..pernah menjadi coach untuk kayak dan juga dragon boat..buat kerje sambilan..saya bermain kayak dalam displin white water dan flat water..pernah juga mewakili malaysia di pertandingan dragon boat dan juga white water..terdapat gambar-gambar saya yang bermain kayak..